25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perjanjian AS-M’sia: MAS, Petronas, Telekom, TNB akan beli produk AS

    Shopee Sale

    Kerajaan bersetuju agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Malaysia membuat pembelian daripada Amerika Syarikat di bawah perjanjian perdagangan baru yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden AS Donald Trump.

    Sebahagian besar komitmen ini merupakan prasyarat yang sebelum ini ditetapkan oleh Amerika Syarikat bagi menurunkan kadar tarif timbal balik terhadap Malaysia, daripada 25 peratus kepada 19 peratus.

    Lampiran IV perjanjian itu menyatakan bahawa Malaysia Aviation Group – syarikat induk kepada Malaysia Airlines (MAS) – akan membeli 30 pesawat Boeing, dengan pilihan untuk membeli 30 buah lagi.

    Sebelum ini, kerajaan menjelaskan keputusan pembaharuan armada MAS dibuat berdasarkan pertimbangan komersial dan keperluan operasi jangka panjang – dan pengurangan tarif timbal balik tidak bergantung kepada pembelian ini.

    Di bawah perjanjian yang dimeterai hari ini, Petronas akan membeli tiga juta tan gas asli cecair (LNG) setahun dari Amerika Syarikat, dengan nilai sekitar AS$2.04 bilion (RM8.6 bilion) setahun.

    Perjanjian itu juga menyatakan potensi pembelian tambahan sebanyak dua juta tan setahun, bernilai AS$1.36 bilion.


    Baca: Pengecualian tarif timbal balik dimeterai dalam perjanjian baru M’sia-Amerika


    Langkah ini dibuat ketika kerajaan menjangkakan pendapatan Petronas tahun depan akan menurun seiring dengan harga minyak mentah yang lebih rendah.

    Di bawah Belanjawan 2026, dividen daripada Petronas bagi tahun depan dijangka dikurangkan sebanyak RM12 bilion, iaitu kepada RM20 bilion berbanding RM32 bilion pada tahun ini.

    Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menandatangani kontrak pembelian arang batu aktif selama dua tahun dengan pembekal dari Amerika Syarikat, dengan nilai anggaran kontrak sebanyak AS$42.3 juta.

    MENARIK:  KKM tambah baik fasiliti bantu pesakit kanser kanak-kanak

    Telekom Malaysia pula akan membuat komitmen untuk membeli produk dan perkhidmatan dari AS dengan nilai anggaran AS$119 juta.

    Selain itu, syarikat multinasional Malaysia juga akan membuat pemerolehan berikut dalam tempoh lima tahun akan datang:

    • Semikonduktor bernilai AS$103 bilion

    • Peralatan dan jentera aeroangkasa bernilai AS$3.5 bilion

    • Jentera dan peralatan pusat data bernilai AS$43.5 bilion.

    Lampiran dan apendiks penuh perjanjian perdagangan tersebut dilampirkan di bawah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah