28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penyokong PN bawa poster karikatur Loke suruh diam

    Shopee Sale

    Penyokong PN mencuri tumpuan semasa hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pagi ini apabila membawa poster karikatur memaparkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dalam aksi menyuruh diam.

    Menurut sumber daripada Gerakan, idea membawa poster tersebut dicetuskan sebagai reaksi terhadap kenyataan Loke yang didakwa memperlekeh suara rakyat berhubung isu penubuhan tabung DAP bagi membantu mangsa letupan paip gas di Putra Heights.

    “Ini sebagai mesej bahawa rakyat tidak boleh terus dibisukan. Jangan sombong bila sudah berkuasa,” kata seorang penyokong PN yang hadir.

    Tindakan itu dipercayai sebagai sindirian terhadap Loke yang sebelum ini meminta pihak tertentu supaya ‘diam’ selepas penubuhan tabung berkenaan dikritik.

    “Kami sedang turun padang membantu orang ramai, tetapi masih ada yang menggunakan ini (mengambil kesempatan) untuk menyerang kami.

    “Kami tahu ada pihak tertentu yang cuba menghasut sentimen awam, jadi saya katakan, ‘Kalau tak nak bantu, diam sajalah.’” kata pemimpin DAP itu.

    Terdahulu, poses penamaan calon berlangsung di Dewan Merdeka, Tapah, dan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir; calon PN, Abdul Muhaimin Malek; dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS.

    Ketiga-tiga mereka hadir bersama ratusan penyokong masing-masing yang berkumpul sejak awal pagi. Kehadiran penyokong PN dan BN kelihatan seimbang dari segi jumlah, manakala penyokong PSM jauh lebih kecil tetapi tetap bersemangat.

    MENARIK:  Adakah menteri uji BM pemain bola macam dia uji nenek-nenek tahun lalu?

    Calon PN, Abdul Muhaimin yang juga Ketua PN Tapah, dalam sidang media ringkas selepas diumumkan sebagai calon menyuarakan harapan agar kempen PRK kali ini berlangsung secara bersih dan berhemah.

    Sementara itu, Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi menafikan wujud ketegangan antara Pemuda Umno Tapah dengan calon mereka, Yusri Bakir, yang juga Setiausaha Umno Bahagian Tapah. Katanya, Ketua Pemuda Tapaj, Fahmi Ahmad Jakhisi sentiasa dilibatkan dalam semua mesyuarat berhubung PRK Ayer Kuning.

    “Insya-Allah jentera Pemuda akan beri sokongan penuh kepada calon kita,” kata Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri.

    Dia turut menyatakan bahawa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang diterajuinya akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan Ayer Kuning jika calon BN menang.

    Sementara itu Bawani berkata pengundi Ayer Kuning kini inginkan satu kuasa alternatif yang mampu membawa perubahan. Bawani mendapat sokongan daripada Parti Urimai yang diketuai P Ramasamy serta pemimpin Muda termasuk pemangku presidennya, Amira Aisya.

    PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin (BN) pada 22 Februari lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pengundian awal pada 22 April manakala hari mengundi utama akan diumumkan kelak.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah