33.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penyeludupan masih cabaran utama meski pangkalan haram ditutup – Ketua Polis Kelantan

    Shopee Sale

    Meskipun penutupan pangkalan haram di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand telah dilaksanakan, namun aktiviti penyeludupan masih menjadi cabaran utama, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.

    Beliau berkata berkata isu penutupan pangkalan haram itu akan dibincangkan bersama pihak berkuasa Thailand dalam mesyuarat terdekat bagi mencari penyelesaian bersama.

    "Penutupan itu melibatkan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok di empat daerah bersempadan dengan Thailand, iaitu Pasir Mas, Tumpat, Jeli dan Tanah Merah, yang selama ini menjadi laluan utama keluar masuk tidak sah," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Gerakan Negeri Kelantan di Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di Kota Bharu, hari ini.

    MENARIK:  Krronologi kebakaran saluran paip gas Petronas di Putra Height

    Selain itu, Mohd Yusoff berkata polis bersama agensi keselamatan lain merancang merobohkan jeti haram di sempadan bagi mengekang penyeludupan serta pergerakan tidak sah kerana kemudahan itu sering digunakan untuk membawa pelbagai jenis barangan.

    Mengenai mesyuarat itu, beliau berkata mesyuarat kali ini turut membincangkan isu tangkapan di sempadan termasuk kes penyeludupan lembu, kelapa dan barangan lain yang masih berlaku.

    “Walaupun banyak tangkapan berjaya dibuat agensi penguat kuasa, khususnya Pasukan Gerakan Am, penyelesaian jangka panjang masih belum dicapai," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah