25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penutupan selat Hormuz akan jejas Amerika, seluruh dunia – Ketua RDIF

    Shopee Sale

    Kemungkinan penutupan Selat Hormuz oleh Iran tidak akan mengecualikan Amerika Syarikat daripada kesan yang timbul, malah tiada negara akan terselamat daripada gangguan pasaran minyak global, kata Ketua Eksekutif Dana Pelaburan Terus Rusia (RDIF), Kirill Dmitriev, lapor Sputnik/RIA Novosti.

    Pihak berkuasa Iran sebelum ini beberapa kali menegaskan bahawa mereka berhak menutup Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan oleh Israel.

    Pada Ahad, Parlimen Iran turut bersetuju bahawa Selat Hormuz wajar ditutup, menurut anggota Suruhanjaya Keselamatan Negara dan Dasar Luar Parlimen Esmail Kowsari.

    MENARIK:  ‘Cafa Nations Cup penting untuk pembangunan berterusan’

    “Harga minyak ditentukan secara global.

    "Jika Selat Hormuz ditutup, Amerika Syarikat juga tidak akan terlepas. Tiada siapa kebal daripada kejutan minyak dunia – harga di pam minyak akan melonjak,” kata Dmitriev menerusi platform X.

    Menurut data dagangan, sehingga 11.48 malam Ahad, niaga hadapan minyak Brent mencatat kenaikan 2.45 peratus kepada US$77.33 setong, susulan peningkatan ketegangan konflik antara Iran dan Israel.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah