32.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’

    Shopee Sale

    Seorang pengarah syarikat mengalami kerugian lebih RM1 juta setelah ditipu individu yang menyamar sebagai ‘Inspektor Harun’.

    Ketua Polis Johor M Kumar berkata pihaknya menerima laporan kes itu semalam daripada seorang wanita berusia 37 tahun yang mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuan menerusi panggilan telefon.

    Kumar berkata mangsa mengalami kerugian berjumlah RM1,140,320 selepas menerima panggilan telefon daripada sebuah syarikat penghantaran kira-kira jam tiga petang, 31 Okt lepas.

    “Individu yang menghubunginya telah memperkenalkan diri daripada syarikat penghantaran dan memaklumkan bahawa terdapat bungkusan atas namanya yang dikatakan mengandungi buku cek dan ‘token’ bank.

    “Mangsa kemudiannya menafikan ada membuat permohonan serta selepas itu panggilan terus disambungkan kepada polis bagi mangsa membuat laporan penafian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Guan Eng: DAP mungkin awalkan kongres khas jika kabinet tolak RCI

    Kumar berkata mangsa telah bercakap dengan ‘Inspektor Harun’ dan diberitahu terdapat kad visa miliknya dijumpai dan kad didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.

    Mangsa seterusnya diarahkan untuk memindahkan semua wang ke akaun lain bagi tujuan siasatan oleh Bank Negara.

    “Kerana takut dan bimbang dikenakan tindakan undang-undang, mangsa membuat pindahan wang berjumlah RM1,140,320 ke akaun bank yang diarahkan oleh individu yang mendakwa dirinya sebagai pegawai polis itu.

    “Mangsa menyedari telah ditipu setelah diarahkan membuat pindahan wang sekali lagi walaupun sejumlah wang sudah dipindahkan sebelum itu dan membuat laporan polis," katanya.

    Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah