24.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengarah syarikat pemaju ditahan kemuka dokumen palsu projek RM162 juta

    Shopee Sale

    Seorang pengarah syarikat pemaju bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu kira-kira RM1.65 juta melibatkan pelaksanaan Projek Perumahan Penjawat Awam (PPAM) bernilai kira-kira RM162 juta di Perak.

    Menurut sumber, lelaki berusia 60-an itu ditahan pada 5.15 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

    “Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada Mac 2025 dengan mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu kepada pihak bank bagi pengeluaran kira-kira RM1.6 juta, iaitu kemudahan pembiayaan bernilai RM69 juta yang diberikan oleh bank untuk melaksanakan projek tersebut,” kata sumber.

    MENARIK:  Imigresen serbu pangsapuri mewah, tahan 40 pendatang tanpa izin

    Beliau berkata lelaki itu kini direman lima hari hingga 11 Mei ini selepas Majistret Siti Roslizawati Mohd Zanin membenarkan permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

    Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah