25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Imigresen serbu pangsapuri mewah, tahan 40 pendatang tanpa izin

    Shopee Sale

    Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menahan 40 pendatang tanpa izin di pangsapuri mewah di Brickfields, Kuala Lumpur dalam serbuan bermula 12 tengah malam dan berakhir empat pagi tadi.

    Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 25 warga India, Sri Lanka (10), masing-masing dua warga Pakistan dan Myanmar serta seorang warga Bangladesh berusia tiga hingga 61 tahun.

    "Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan antaranya tidak memiliki pas atau permit untuk tinggal di Malaysia, pas tamat tempoh serta tinggal lebih masa," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Difahamkan setiap unit pangsapuri berkenaan disewa dengan kadar lebih RM2,000 sebulan dan didiami lapan warga asing yang kebanyakannya bekerja dalam bidang pembinaan dan makanan.

    MENARIK:  Tular video hina Islam: Polis kenal pasti identiti suspek

    Kesemua warga asing yang ditahan dihantar ke Depot Imigresen Bukit Jalil dan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah