34 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengarah agensi k'jaan antara tiga direman disyaki minta rasuah RM900,000

    Shopee Sale

    Dua lelaki termasuk seorang pengarah sebuah agensi kerajaan di Terengganu direman enam hari bermula hari ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM900,000 sebagai balasan mendapatkan projek, menyediakan dan meluluskan beberapa pelan pembangunan kepada sebuah syarikat perunding.

    Perintah reman sehingga 25 Jan itu dikeluarkan Majistret Sharifah Amierda Shasha Amir Shariffuddin selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Kemaman, di Chukai hari ini.

    Sumber memaklumkan kedua-dua suspek berusia 40-an itu ditahan kira-kira 3 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kemaman.

    “Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar tahun 2015 hingga 2020 dengan menerima wang rasuah secara tunai dan juga melalui transaksi pindahan ke akaun bank milik suspek dan juga adiknya.

    MENARIK:  PRU16: Era politik slogan kosong dah berlalu, Zahid nasihat BN

    “Kedua-dua suspek telah ditahan bersama seorang lagi individu semalam tetapi individu tersebut telah dilepaskan dengan jaminan SPRM,” katanya.

    Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009.

    Beliau berkata SPRM turut menyita sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire milik seorang suspek yang disyaki dibiayai syarikat tersebut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah