29 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penduduk Greater Kuala Lumpur cecah 8.8 juta orang

    Shopee Sale

    Populasi di Greater Kuala Lumpur kini dianggarkan melebihi 8.8 juta orang dengan peningkatan tahunan sebanyak 2.25 peratus berbanding tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

    Beliau berkata jumlah itu dijangka terus bertambah mencecah 9.8 juta orang menjelang 2030 dan pembangunan pesat itu menuntut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjadi lebih proaktif dalam peranancangan dan penyediaan infrastruktur.

    “Pertumbuhan populasi ini bukan sahaja melibatkan peningkatan semula jadi dalam kawasan bandar, malah juga migrasi masuk yang tinggi dari luar bandar.

    “Ini memberikan satu tekanan kepada infrastruktur sedia ada dan menuntut supaya kita menyediakan satu perkhidmatan asas yang lebih baik buat semua warga kota agar Kuala Lumpur ini menjadi sebuah bandar berdaya huni. Tidak dilupakan juga, isu seperti pencemaran udara dan kekurangan ruang hijau turut menjadi antara kebimbangan utama yang perlu diatasi,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian pelancaran 10 Garis Panduan Perancangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024 di Menara 1 DBKL, semalam.

    Bagi menghadapi semua cabaran itu, Dr Zaliha berkata DBKL sebagai pihak berkuasa tempatan perlu terus peka dengan keperluan dan kehendak semasa pembangunan di ibu negara untuk memastikan kehidupan yang berkualiti.

    “Setiap keputusan pembangunan perlu dibuat dengan pertimbangan yang wajar untuk memastikan keseimbangan di antara pembangunan dan kesejahteraan warga kota,” katanya.

    MENARIK:  Pemain warisan dari Sepanyol dan Belanda sertai Harimau Malaya

    Mengenai pelancaran garis panduan berkenaan, Dr Zaliha berkata ia bertujuan memastikan amalan tata kelola yang baik diamalkan di DBKL dengan setiap langkah peranancangan pembangunan dapat dipantau dengan lebih efektif selain menilai tahap keberkesanan sesuatu polisi serta strategi dilaksanakan dan mempromosikan penambahbaikan berterusan.

    “Setiap garis panduan itu adalah hasil daripada kajian terperinci dan konsultasi dengan pelbagai pihak berkepentingan. Dengan pendekatan yang inklusif seperti ini, saya berharap agar ia akan memberi impak positif kepada setiap warga kota,” katanya.

    Antara garis panduan itu, merangkumi peranancangan perumahan Madani; kemudahan ruang penjaja Madani; pelaksanaan peranancangan pembangunan petak pengecasan kenderaan elektrik dan semakan bangunan rendah karbon.

    Kesemua garis panduan berkenaan akan dipaparkan kepada awam melalui laman web DBKL untuk rujukan semua pihak.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah