27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemulihan Dr M dijangka ambil masa agak panjang

    Shopee Sale

    Pihak perubatan dan doktor pakar yang merawat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berpuas hati dengan tahap kemajuan proses pemulihan dan rawatan selepas 14 hari beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

    Setiausaha Akhbar Dr Mahathir, Sufi Yusoff, menerusi kenyataan hari ini memaklumkan bahawa beliau masih menerima rawatan fisioterapi tanpa pembezahan.

    “Bagaimanapun, proses pemulihan secara fisioterapi ini tetap dijangka mengambil masa yang agak panjang,” katanya.

    Sementara itu, Sufi memaklumkan Dr Mahathir dan keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertanyakan keadaan kesihatan beliau serta mendoakan beliau cepat pulih.

    MENARIK:  Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Malaysiakini

    Menurut kenyataan itu, pihak keluarga tokoh berkenaan turut memohon maaf memandangkan atas nasihat pakar perubatan, buat masa ini ziarah hanya terhad kepada keluarga.

    Negarawan berusia 100 tahun itu dimasukkan ke IJN pada 6 Jan lepas selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya di The Mines, Seri Kembangan, dan disahkan mengalami patah tulang pinggul kanan.

    Beliau kemudiannya menjalani rawatan fisioterapi tanpa pembezahan setelah perbincangan bersama doktor pakar daripada IJN, Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan Hospital Kuala Lumpur yang memutuskan rawatan berkenaan sebagai pilihan terbaik.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah