29 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemuda Umno sokong sekatan perjalanan ke atas peminjam gagal bayar PTPTN

    Shopee Sale

    Pemuda Umno bersetuju sekiranya kerajaan melaksanakan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang culas bayar balik pinjaman.

    Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata peminjam perlu bertanggungjawab dalam pembayaran hutang kepada PTPTN demi generasi akan datang.

    "Kita ada tanggungjawab kepada generasi akan datang. Kalau mereka (yang culas bayar balik pinjaman) boleh pergi bercuti ke luar negara, takkan tak boleh bayar hutang, ini prinsip asas apabila berhutang," katanya kepada pemberita semasa ditemui di Program Santai Moreh bersama Pemuda Umno Perlis di Kangar malam tadi.

    MENARIK:  2 ditahan kes rasuah untuk dapatkan dokumen guaman

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapha Sakmud di Dewan Negara semalam, bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam PTPTN gagal membayar balik pinjaman.

    Mustapha Sakmud berkata kaedah itu antara langkah dipertimbangkan bagi memperkasakan bayaran balik pinjaman dalam kalangan peminjam PTPTN.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah