32.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemuda PAS P Pinang mahu pengerusi PN negeri diganti

    Shopee Sale

    Pemuda PAS Pulau Pinang mendesak untuk menukar pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri yang kini disandang Presiden Gerakan Dominic Lau.

    Keputusan ini dibuat semasa muktamar Pemuda PAS Pulau Pinang yang menyaksikan usul tersebut diluluskan sebulat suara.

    Menurut ketua penerangan sayap Pemuda PAS negeri itu, Mohamad Ikhwan Afiq Mohamad Anwar, usul yang digerakkan oleh Pemuda PAS bahagian Tasek Gelugor itu berdasarkan tiga pertimbangan utama.

    Katanya, pertimbangan itu ialah keperluan penstrukturan semula bagi memastikan kelangsungan PN di Pulau Pinang, demografi Pulau Pinang, dan tuntutan ahli akar umbi.

    Dia mendedahkan perkara ini dalam catatan Facebook semalam. Tiada butiran lanjut diberikan.

    Lau dilihat tidak sefahaman dengan PAS Pulau Pinang.

    Pada pilihan raya negeri tahun lalu, dia berselisih dengan sekutunya itu apabila menjadi calon PN untuk Bayan Lepas - kerusi yang dikehendaki PAS.

    Mohamad Ikhwan Afiq Mohamad Anwar.

    Ini membawa kepada insiden Lau tidak dialu-alukan di ceramah PN oleh jentera PAS tempatan.

    MENARIK:  Bicara kes rasuah bekas setiausaha politik Hamzah 25 Ogos

    Bagaimanapun, kedua-dua pihak berdamai selepas insiden itu dilaporkan.

    Desakan terhadap Lau juga berlaku di tengah-tengah peralihan dalam landskap politik Pulau Pinang.

    PAS semakin mendapat tempat di negeri itu, memenangi 7 daripada 10 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya negeri tahun lepas.

    Ini merupakan peningkatan ketara daripada kerusi DUN tunggal yang dimenangi PAS Pulau Pinang pada 2018.

    Sebagai perbandingan, Gerakan - yang pernah menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang dari 1969 hingga 2008 - gagal memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya negeri.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah