28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemuda PAS mahu terus bantah RUU PSB

    Shopee Sale

    Pemuda PAS berikrar untuk meneruskan kempen mereka membantah cadangan penggubalan Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) ketika pembentangan rang undang-undang (RUU) itu ditangguhkan ke persidangan Dewan Rakyat akan datang.

    Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Mohd Hafez Sabri, mendakwa penangguhan itu dibuat selepas mendapat tekanan daripada ahli parlimen pembangkang, beberapa penyokong kerajaan, NGO dan orang ramai.

    Walaupun berjaya ditangguhkan, katanya, ia bukan bermakna RUU terbabit akan terkubur selama-lamanya.

    “Kemungkinan besar URA (Akta PSB) akan kembali dibawa ke Dewan Rakyat pada sidang parlimen akan datang. Justeru, perjuangan ini masih jauh dan masih belum selesai.

    “Pemuda PAS Malaysia menegaskan kami akan terus berdiri teguh bersama rakyat menentang sebarang usaha kerajaan yang cuba meminggirkan golongan marhaen.

    “URA ini jelas menguntungkan golongan pemodal besar tetapi mengancam hak rakyat miskin bandar yang bakal diusir dari tanah mereka sendiri,” dakwanya lagi.

    MENARIK:  Pemandu bas mogok: Kesuma buka dua kertas siasatan

    RUU berkenaan sebelum ini dibentangkan untuk bacaan kali pertama dan kedua di Dewan Rakyat oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

    Perbahasan dan pengundian RUU tersebut ditangguhkan ke mesyuarat Dewan Rakyat pada Okt ini dan kerajaan akan memperkenalkan beberapa penambahbaikan kepada akta yang dicadangkan itu.

    Menurut Mohd Hafez, Pemuda PAS Malaysia menggerakkan semua kawasannya untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada ahli parlimen masing-masing.

    Gerakan itu, kata Adun Manjoi berkenaan, mencapai kemuncaknya dengan satu himpunan rakyat besar-besaran bagi menyatakan penolakan terhadap RUU tersebut.

    “Perjuangan ini adalah perjuangan rakyat. Selagi mana undang-undang zalim ini cuba dibawa ke Parlimen, selagi itulah Pemuda PAS Malaysia tidak akan berganjak,” dakwanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah