Penyanyi Atilia Haron menzahirkan rasa teruja menjelang penganjuran Atilia Haron & SORE: Concert, yang bakal berlangsung pada 19 September 2026, jam 8.00 malam di Robert’s Theatre, The Campus Ampang.
Artikel Berkaitan: Atilia Haron Jelaskan Isu Threads, Hubungan Dengan Penyanyi Terkait Kekal Baik – ‘Ia Tidak Merujuk Kepada Sesiapa’
Artikel Berkaitan: Atilia Haron Bangga Umur Cecah 51 Tahun, Tidak Setuju Perlu Dirahsiakan – ‘Saya Percaya Boleh Beri Inspirasi Kepada Orang Lain’
Peminat taja konsert RM20K

Ketika ditemui , Atilia atau nama penuhnya Raja Putri Atilia Raja Haron, 51, mendedahkan bahawa terdapat peminat yang sanggup tampil sebagai salah seorang penaja bagi menjayakan konsert kali ini.
Menurut Atilia, peminat tersebut merupakan pasangan suami isteri yang tidak pernah putus memberikan sokongan kepadanya sejak dahulu lagi.
Selain itu, pasangan tersebut turut menyatakan hasrat untuk membeli tujuh keping tiket serta menyumbangkan RM20,000 sebagai sokongan terhadap penganjuran konsert Atilia.
Ada peminat yang taja untuk konsert kali ini. Meraka pasangan suami isteri, dia beli tujuh tiket dan bagi saya RM20,000.
Kalau mereka minta duduk atas pentas pun saya bagi. Itulah peminat saya.
Banyak juga kos yang saya perlukan. Sebab saya bawa kumpulan daripada Indonesia, Sore Ze Band. Ini juga menjadi salah satu perkara yang mama risau.
Saya sangat terharu ada peminat sebegitu. Mereka datang show saya dari dulu hingga sekarang. Yang isteri dah bertongkat sekarang. Saya sangat hargai. Sebab itu saya mahu buat yang terbaik untuk kali ini.
Atilia berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Atilia Haron In Concert yang berlangsung di Campus Ampang, sebentar tadi.
Mengulas lanjut mengenai keberaniannya mengadakan konsert, Atilia berkata persembahan itu didedikasikan sepenuhnya buat para peminat yang tidak pernah putus memberikan sokongan sejak awal perjalanan kariernya.
Tambah pelantun lagu Kanda Dinda itu, Atilia mahu menzahirkan rasa penghargaan buat para peminat yang sentiasa menyokongnya menerusi konsert tersebut.
Saya memang tak ramai peminat tapi yang ada itu setia. Tahap setiap mereka, sampai saya buat konsert nak bagi duit.
Saya kena hargai mereka sebab saya dihargai oleh mereka.
Atilia Haron In Concert turut menampilkan kumpulan muzik tersohor dari Indonesia, SORE Ze Band, yang memainkan peranan penting dalam mencorakkan hala tuju artistik persembahan tersebut.
Tiket konsert ini ditawarkan dalam empat kategori iaitu Prahara (RM248) yang termasuk sesi Meet & Greet bersama Atilia Haron, Prahara (RM228) dengan pengalaman tontonan lebih dekat, serta Indah (RM188) dan Sangkar (RM168) yang menawarkan pilihan tempat duduk selesa mengikut bajet penonton.
The post [VIDEO] Atilia Haron Dedah Peminat ‘Sponsor’ RM20K Untuk Konsert – ‘Mereka Beli Tujuh Tiket & Bagi Duit’ first appeared on OHBULAN!.





