30.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemimpin Umno, DAP mengadap Agong

    Shopee Sale

    Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap pimpinan kanan parti Umno dan DAP di Istana Negara, Kuala Lumpur.

    Dalam satu hantaran di Facebook Sultan Ibrahim, ia menyebut sesi mengadap itu bertumpu kepada perkembangan semasa berkaitan isu-isu sensitiviti agama dan kaum.

    Mereka yang hadir adalah Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan; Pengerusi Umno Melaka, Ab Rauf Yusoh; Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh dan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong.

    “Saya ingin menasihati semua pihak untuk memberi tumpuan untuk mengajak rakyat ke arah perpaduan, bukannya perpecahan.

    “Saya ingin melihat rakyat bersatu padu dengan harmoni,” titah Sultan Ibrahim.

    MENARIK:  Muhyiddin: Bersatu pertimbang tindakan undang-undang terhadap SPRM

    Seri Paduka juga mengingatkan pemimpin politik supaya tidak melampau dalam memberikan pandangan mereka tentang isu-isu agama dan perkauman. 

    “Bukan hanya Umno dan DAP, tetapi juga semua parti. “Pemimpin mesti menjadi jambatan atau penghubung antara rakyat majmuk negara kita dengan contoh kelakuan yang matang," titah baginda.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah