27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemilihan ketua pemuda PKR: Kamil terima sokongan sembilan AMK negeri

    Shopee Sale

    Sekurang-kurangnya sembilan Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri telah menyatakan sokongan penuh kepada Muhammad Kamil Abdul Munim sebagai Ketua Pemuda PKR.

    Sehingga hari ini, antara negeri yang telah menyatakan sokongan adalah Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu, Johor, Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka.

    Malaysiakini, difahamkan AMK Sabah dan Sarawak akan turut membuat kenyataan media dalam masa terdekat menyatakan sokongan kepada Kamil yang merupakan setiausaha politik kepada menteri kewangan.

    Secara amnya, negeri-negeri yang menyokong Kamil berkata bahawa dia selaku penyandang timbalan ketua Pemuda PKR berperananan penting mengukuhkan organisasi dan menggerakkan jentera.

    Sebelum ini, Kamil dilaporkan berkata dia sedang mempertimbangkan permintaan akar umbi agar dia menerajui Pemuda PKR pada pengundian Mei depan.

    Ini selepas, Ketua Pemuda PKR Adam Adli Abdul Halim yang juga timbalan menteri belia dan sukan pada 11 Feb menyuarakan hasrat untuk bertanding dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

    MENARIK:  Scam, buli siber dan pengantunan tumpuan Kod Tatalaku media sosial

    Sementara itu, satu sumber pucuk pimpinan parti memberitahu bahawa kemungkinan tidak akan ada pertembungan bagi jawatan ketua pemuda.

    "Walaupun masih awal, saya nampak pencabar belum jelas, kemungkinan tiada pertandingan," katanya.

    Mengulas lanjut, sumber itu berkata ada cadangan seorang ahli parti yang ingin bertanding bagi jawatan ketua pemuda perlu mendapatkan 20 pencalonan daripada cabang.

    "Pencalonan kena dibuat di peringkat cabang. Namun, ini belum dimuktamadkan. Tunggu keputusan MPP (Majlis Pimpinan Pusat). 

    "Yang kedua, kali ni ada cadangan untuk ketua AMK sekurang-kurangnya 20 pencalonan daripada cabang," katanya.

    Pemilihan PKR bagi jawatan pusat dijadualkan pada 24 Mei ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah