29.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pembunuhan gajah: Sabah tawar ganjaran RM10,000 pada pemberi maklumat

    Shopee Sale

    Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah menawarkan ganjaran RM10,000 kepada mana-mana individu yang dapat tampil memberikan maklumat penting sehingga membawa kepada penahanan, pendakwaan dan sabitan ke atas mereka yang bertanggungjawab dalam pembunuhan gajah Pygmy Borneo di negeri itu.

    Menterinya Datuk Christina Liew merayu saksi perbuatan kejam itu diminta supaya tampil memberikan maklumat dan membantu siasatan pihak berkuasa.

    “Keputusan untuk menawarkan ganjaran RM10,000 itu dibuat pada mesyuarat peringkat menteri Rabu lepas berikutan penemuan seekor lagi gajah yang dipenggal kepalanya.

    “Ini satu lagi kes mengejutkan yang dilaporkan sejak Januari lepas, kita perlukan bukti kukuh untuk mengambil tindakan terhadap pelaku," katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.

    MENARIK:  5 kanak-kanak Gaza maut dihempap bungkusan bantuan

    Sehubungan itu Liew berkata kementerian meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pembunuhan haiwan itu supaya melaporkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD) dan pihak berkuasa polis bagi membantu siasatan, supaya pelaku dapat dibawa ke muka pengadilan.

    SWD sebelum ini telah mengesahkan seekor lagi gajah kerdil Borneo telah ditemukan dibunuh dengan kejam dengan kepalanya dipenggal dan dibiarkan reput di Tawau, baru-baru ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah