27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pembelian panik bahan api landa Filipina

    Shopee Sale

    GLOBAL |  Pemandu di seluruh Filipina semalam menyerbu stesen minyak untuk mengisi bahan bakar itu menjelang kenaikan harga besar-besaran yang dijadualkan pada hari ini, lapor Xinhua.

    Lonjakan permintaan itu menyusuli amaran mengenai peningkatan ketara kos bahan api yang disifatkan oleh pegawai tenaga tempatan sebagai lonjakan tunggal terbesar dalam tempoh kebelakangan ini.

    Saluran berita tempatan melaporkan ketidaktentuan domestik sebahagian besarnya didorong oleh faktor luaran, memandangkan ketegangan yang memuncak di Timur Tengah terus mencetuskan kebimbangan terhadap krisis tenaga global.

    Di Metro Manila, kebimbangan tersebut dizahirkan melalui barisan panjang yang memenatkan di beberapa buah stesen ketika pemandu berpusu-pusu untuk mengisi minyak sebelum pelaksanaan harga baru.

    MENARIK:  Guna hak jawab dalam media, jangan ugut wartawan - Fahmi

    Media tempatan melaporkan, keadaan lebih meruncing di bandar utara Dagupan dan bandar tengah Iloilo apabila beberapa stesen terpaksa ditutup seketika selepas kehabisan stok akibat pembelian panik yang melampau.

    Harga minyak dijangka meningkat kira-kira 17 hingga 24 peso (kira-kira AS$0.29 hingga AS$0.40) seliter minggu ini, menurut Setiausaha Tenaga Sharon Garin pada Isnin.

    Katanya, syarikat minyak akan membahagikan kenaikan tersebut dalam tempoh beberapa hari, atau melaksanakan kenaikan secara berperingkat berbanding mengenakan satu kenaikan harga yang besar sekali gus.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah