29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pekerja wanita warga asing maut dikelar leher

    Shopee Sale

    Seorang wanita warga asing ditemukan maut dengan kesan kelar di leher di sebuah asrama pekerja asing di Nilai, Isnin lepas.

    Ketua Polis Daerah Nilai Supt Johari Yahya berkata pihaknya menerima panggilan daripada MERS 999 pada 11.21 malam daripada lelaki tempatan memaklumkan mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an itu ditemukan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di tangga asrama tersebut.

    “Pemeriksaan forensik mendapati terdapat kesan kelaran berulang pada leher mangsa menggunakan senjata tajam.

    "Setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan, bagaiamanapun polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur konflik peribadi atau kewangan berdasarkan keterangan awal yang diperoleh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Haramkan penggunaan istilah kuil haram, keling - Gerakan

    Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian 06-7904222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

    Johari turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan dan memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan menyeluruh.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah