24.7 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pekerja kedai pakaian ditahan curi wang jualan guna kod QR

    Shopee Sale

    Seorang pekerja kedai pakaian ditahan kerana disyaki mencuri wang hasil jualan perniagaan majikannya dengan meminta pelanggan membuat bayaran menggunakan kod QR akaun bank peribadinya.

    Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata wanita tempatan berumur 30 tahun itu ditahan Khamis lepas dan dipercayai telah melakukan kegiatan berkenaan sejak sebulan lepas.

    Beliau berkata suspek yang ditahan di Taman Cemerlang, Gombak, kira-kira 3.55 petang itu dipercayai telah mencuri sebanyak RM2,140.

    "Kegiatan itu terbongkar selepas pemilik perniagaan iaitu seorang wanita berusia 46 tahun, menyedari penyelewengan tersebut ketika membuat semakan penyata perniagaannya lalu membuat laporan polis pada 6 Okt lepas.

    MENARIK:  Hampir 100 tahun, Dr M masih boleh pecut lebih 150km/j 

    “Pihak polis turut merampas sebuah telefon bimbit serta sekeping kad bank bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

    Mohd Azam berkata suspek mempunyai satu rekod jenayah dan kini direman empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah