29.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Siasatan ‘mafia korporat’: Tiada pegawai SPRM disoal siasat

    Shopee Sale

    Pihak polis tidak menyoal siasat mana-mana pegawai atau kakitangan kanan SPRM dalam siasatan berkaitan "mafia korporat" yang dijalankan sejak Oktober tahun lalu.

    Ketua Unit Siasatan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Antikeganasan (Amla) Bukit Aman, Fazlisyam Abd Majid memberitahu New Straits Times bahawa keterangan diambil daripada 41 individu setakat ini - namun tiada seorang pun yang bertugas dengan agensi antirasuah tersebut.

    Fazlisyam Abd Majid

    Laporan itu menambah bahawa siasatan polis terhadap "mafia korporat" yang melibatkan ahli perniagaan Victor Chin mendapati tiada petunjuk penglibatan pegawai SPRM dalam perkara berkenaan.

    Fazlisyam dipercayai merujuk kepada siasatan di bawah Ops Viking, yang dilancarkan pada 14 Oktober tahun lalu berdasarkan risikan sejak 2018.

    Walaupun sebelum ini dia berkata operasi itu dijalankan sehingga 13 Januari tahun ini, Fazlisyam hari ini enggan mengulas lanjut kepada New Straits Times atas alasan siasatan masih berjalan.

    Pada 30 Mac, Fazlisyam berkata Chin adalah antara 10 individu yang ditahan pada Disember tahun lalu di bawah Ops Viking kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram, dengan ahli perniagaan itu kini dibebaskan dengan jaminan polis.

    Fazlisyam menyifatkan kes itu melibatkan beberapa individu yang disyaki melakukan kesalahan pengubahan wang haram melalui pelbagai kaedah, termasuk pemerolehan atau pemilikan syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia, serta syarikat swasta.

    Operasi itu juga dilancarkan beberapa bulan sebelum Bloomberg, pada 12 Februari tahun ini, mendakwa bahawa SPRM, termasuk pihak atasan agensi itu, berpakat dengan ahli perniagaan dalam skim tersebut untuk menyingkirkan pesaing dan melakukan pengambilalihan korporat.

    MENARIK:  Banjir kilat di ibu kota akibat taburan hujan sangat tinggi - DBKL

    Antara lain, laporan itu mendakwa unit siasatan yang digelar "Seksyen D" berperananan besar dalam dakwaan pakatan sulit antara kepentingan peribadi dan pembasmi rasuah itu, dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dituduh menyokong unit berkenaan.

    Azam Baki

    Walaupun polis tidak menyatakan secara eksplisit bahawa Ops Viking berkaitan dengan "mafia korporat," jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil pada 11 Mac berkata beberapa individu yang disyaki melakukan manipulasi korporat sudah berada dalam radar agensi penguatkuasaan selama beberapa tahun.

    Dia berkata demikian bagi mengesahkan bahawa kabinet mengarahkan agensi penguatkuasaan undang-undang - termasuk polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri, SPRM, dan Suruhanjaya Sekuriti - untuk menyiasat dakwaan manipulasi korporat.

    Pada Isnin, Bloomberg mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu mereka yang terlibat dalam siasatan pemilikan saham Azam untuk tidak mendedahkan penemuan mereka kepada orang awam, yang dibentangkan dalam mesyuarat kabinet pada 11 Mac lalu.

    Penangguhan pendedahan laporan itu kononnya dilakukan sehingga agensi penguatkuasaan undang-undang menyelesaikan siasatan berasingan terhadap skandal "mafia korporat" yang membabitkan SPRM.

    Bloomberg juga mendakwa Anwar merancang untuk membiarkan Azam berundur selepas kontraknya tamat pada Mei, dan ketua antirasuah itu didakwa melobi untuk dilantik sebagai senator selepas bersara daripada perkhidmatan awam.

    Malam tadi, Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar menafikan dakwaan tersebut, sambil menambah bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) akan mengambil tindakan terhadap Bloomberg berhubung dakwaan berkenaan.

    Tanpa mendedahkan butiran hasil siasatan terhadap pemilikan saham Azam, Shamsul berkata susulan siasatan itu, prosiding dimulakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah