27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pekebun rugi lebih RM100,000 terpedaya pelaburan mata wang kripto

    Shopee Sale

    Seorang pekebun kerugian RM117,289 selepas terpedaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud yang ditawarkan menerusi aplikasi Telegram.

    Timbalan Ketua Polis Pahang Noor Hisam Nordin berkata wanita berusia 36 tahun itu berminat  menyertai pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan sebelum mendaftar dalam sistem yang diberikan suspek, baru-baru ini.

    Beliau berkata mangsa mula melabur RM110 dan menerima pulangan RM145 sebelum melakukan 27 transaksi ke dalam 20 akaun berbeza kerana percaya dengan pelaburan itu.

    “Dalam tempoh tiga hari daripada tarikh pelaburan, duit simpanan mangsa telah lesap. Selepas menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

    MENARIK:  Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak hilang di Iskandar Puteri

    Noor Hisam menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya terhadap individu tidak dikenali dan membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkaitan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah