26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pegawai saya kata ‘ikan besar’ tiada kaitan dengan sindiket – Azam

    Shopee Sale

    Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, berkata dia tidak pernah mendengar tentang tiga nama yang disebut sebagai "ikan besar" yang didakwa oleh sumber Malaysiakini sebagai dalang utama sindiket visa perubatan dan counter setting seperti dilaporkan semalam.

    Walau bagaimanapun, katanya, dia diberitahu bahawa ketiga-tiga individu tersebut, iaitu 'Tok Yah', 'DK', dan 'Adik', tidak ada kaitan dengan sindiket tersebut.

    “Saya tidak pernah dengar nama-nama ini, saya sudah minta pegawai saya periksa nama ini dan pagi ini saya diberitahu kod nama tiga-tiga ini tiada kena mengena dengan counter setting,” katanya yang dipetik oleh Bernama hari ini.

    Bercakap dengan syarat tidak mendedahkan namanya, seorang bekas pegawai JIM berkata individu dikenali sebagai Tok Yah atau Tok Ayah dan DK merupakan dua dalang utama.

    Menurutnya, Tok Yah merupakan seorang kakitangan kerajaan yang memegang jawatan penting dalam salah sebuah agensi penguatkuasaan.

    DK pula, katanya, merupakan ahli perniagaan dari Johor dan dibantu oleh seorang ahli perniagaan dikenali sebagai “Adik” yang menetap di Conezion, Putrajaya yang bertindak sebagai peranantara dengan Jabatan Imigresen.

    MENARIK:  Tak cukup korum salah k'jaan bukan pembangkang - Takiyuddin

    Ketika ditanya kenapa mereka sukar disentuh, bekas pegawai terbabit memberitahu: "Kerana ‘tangan’ mereka ada di semua tempat".

    Susulan laporan itu, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menggesa Malaysiakini membekalkan pihak berkuasa dengan tiga nama itu.

    Malaysiakini sebelum ini mengemukakan soalan kepada EAIC sama ada mereka telah mengenal pasti dalang yang disebut dalam laporan itu.

    Bagaimanapun, badan berkanun yang ditugaskan untuk menyiasat aduan salah laku oleh agensi penguatkuasaan itu berkata perkara tersebut akan disiasat oleh pasukan petugas khas yang dibentuk.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah