25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aliran trafik ke Lembah Klang sesak di beberapa lebuh raya utama

    Shopee Sale

    Aliran trafik dilaporkan sesak di beberapa lebuh raya utama menuju ke Lembah Klang, setakat 9 malam tadi.

    Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) sesak di Plaza Tol Bentong hingga Lentang namun aliran trafik kembali lancar hingga ke Hentian Sebelah Gombak.

    “Bagi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) E1, berlaku kesesakan dengan trafik bergerak perlahan dari Sungai Petani menuju ke Sungai Petani Selatan, Sungai Dua ke Perai dan Tanjung Malim ke Rawang.

    MENARIK:  Najib: Saya tidak pernah campur tangan dalam siasatan 1MDB, SRC

    “Di Lebuhraya PLUS E2, berlaku kesesakan di beberapa lokasi antaranya Pedas Linggi ke Seremban dan Bandar Ainsdale ke Nilai Utara,” katanya.

    Jurucakap itu turut memaklumkan aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 di kedua-dua arah bergerak lancar.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah