27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan bunyikan siren bahaya tahap 3

    Shopee Sale

    Siren amaran bahaya tahap 3, yang menandakan risiko teruk, dibunyikan pada Ahad di pusat misi pasukan pengaman PBB (UNIFIL) di bandar Maarakeh, daerah Tyre, selatan Lubnan, lapor Agensi Anadolu yang memetik Agensi Berita Kebangsaan Lubnan (NNA).

    Menurut NNA, amaran itu dikeluarkan ketika ketegangan di kawasan itu masih tinggi dengan pertempuran dan serangan rentas sempadan masih berterusan antara pasukan Israel dan kumpulan tempatan.

    Kakitangan UNIFIL dan penduduk tempatan berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana situasi keselamatan di selatan Lubnan semakin meruncing.

    Israel melancarkan kempen udara besar-besaran di Lubnan sejak akhir bulan lepas terhadap sasaran yang didakwa sebagai markas Hizbullah, mengorbankan lebih 1,500 orang dan menyebabkan lebih 1.34 juta orang kehilangan tempat tinggal.

    MENARIK:  ULASAN | Mengimbas usaha Xi Jinping pupuk persahabatan China-M'sia

    Pertempuran rentas sempadan antara kedua-dua pihak berlarutan sejak peranang Gaza pada Oktober lepas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah