27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pasangan suami isteri parah dihempap pokok tumbang

    Shopee Sale

    Sepasang suami isteri cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Kampung Padang Benta, Simpang Empat dekat Kangar awal pagi tadi.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar Supt Baeyah Abdul Wahab berkata dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, Muhammad Danish Hakim Hanizam patah tulang paha kanan manakala isterinya, Nuraleya Syazreena Roslan Anuar, mengalami pendarahan dalam kepala serta patah tulang pinggang kiri dan kanan.

    Lebih malang, bayi dalam kandungan wanita terbabit yang baru berusia lima bulan meninggal dunia.

    “Ketika itu motosikal terbabit ditunggang oleh si isteri manakala suami menjadi pembonceng.

    "Mereka dari kedai makan di Sungai Baru, Simpang Empat dan hendak balik ke rumah di Kampung Sungai Bugis," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Menurut Baeyah lagi kejadian itu berlaku ketika ribut pada awal pagi dan pokok berkenaan tumbang lalu menghempap motosikal pasangan suami isteri terbabit yang masing-masing berusia 18 tahun.

    MENARIK:  Pelajar rogol pelajar diheret ke mahkamah hari ini

    Baeyah berkata kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah di Kangar untuk rawatan lanjut.

    Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Perlis Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata terdapat 31 kes pokok tumbang setakat 10 pagi tadi yang dikendalikan pihaknya kesan daripada ribut yang mula berlaku kira-kira 2 pagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah