30.1 C
Kuala Lumpur
Monday, September 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syasya Rizal Dedah Pernah Dilabel ‘Muka Awam’ Selepas Pakai Hijab, Titip Nasihat Buat Wanita Baru Belajar Tutup Aurat

    Shopee Sale

    Penyanyi Syasya Rizal, memberikan kata-kata semangat buat seorang wanita yang sedang berusaha untuk menutup aurat dengan sempurna.

    Artikel Berkaitan: Syasya Rizal Jawab Imej Penari Dalam Video Muzik Terbaru – ‘Nak Kekalkan Sesiapa Yang Bekerja Dengan Saya Mesti Bertudung’

    Kata-kata semangat

    Screenshot

    Menerusi hantaran di Threads, seorang individu meluahkan rasa kecewa apabila usahanya untuk memakai hijab menerima komen negatif.

    Baru mula nak belajar pakai tudung dan tutup aurat, datang seorang kawan cakap, ‘awak pakai tudung nampak macam mak cik kantin’. 

    Tolonglah jangan rendahkan orang yang sedang usaha untuk berubah.

    Hantaran tersebut kemudian menerima perhatian Syasya yang juga pernah melalui situasi sama.

    Saya pernah kena juga, ‘dah pakai tudung terus muka awam.’

    Dalam masa yang sama, pemilik nama Norsyasya Afiqah Shahrizal, 25, itu turut menitipkan nasihat kepada individu tersebut agar tetap berpegang kepada niatnya untuk berubah kerana Allah SWT.

    Tetapi sentiasalah mengingati diri awak berulang kali tentang niat (menutup aurat).

    Bukan untuk memuaskan hati mereka, tetapi untuk menjadi lebih dekat dengan Allah. Amin, semoga semuanya dipermudahkan.

    Sumber: Threads 

    MENARIK:  Restoran Pagi Sore Mohon Maaf Selepas Tuduh Pelancong Malaysia Tak Bayar Bil Makanan

    The post Syasya Rizal Dedah Pernah Dilabel ‘Muka Awam’ Selepas Pakai Hijab, Titip Nasihat Buat Wanita Baru Belajar Tutup Aurat first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah