32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAS ‘terasa’ nasihat diberi Ramli sebelum Hadi berbahas

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Peringatan diberikan Dewan Rakyat agar ahli-ahli parlimen tidak mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hati hati semasa berbahas menimbulkan rasa kurang senang wakil PAS hari ini.

    Peringatan itu - yang dibuat Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ramli Mohd Nor - dikeluarkan sejurus sebelum Abdul Hadi Awang (PN-Marang) mula membahaskan Belanjawan 2026.

    Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) bangun membantah serta mempertikai peringatan Ramli dan menganggapnya sebagai memberi tanggapan buruk terhadap Abdul Hadi yang juga Presiden PAS.

    Kata Takiyuddin, mengapa Ramli tidak mengeluarkan peringatan yang sama kepada Teresa Kok (PH-Seputeh) yang sebelum itu turut membahaskan belanjawan kerajaan.

    "Kenapa yang behormat beri ingatan sebelum Marang (Abdul Hadi) berucap? Sepatut sebelum Seputeh berucap beri (juga) amaran. (Peringatan itu) seolah-olah Marang nak naik perasan sakit hati.

    "Kami terasa, ini presiden kami," kata Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS itu sambil menuntut penjelasan Ramli.

    Sebelum itu Ramli membangkitkan peraturan mesyuarat berkaitan perkara 36 (10)(c) berhubung tegahan perkataan-perkataan wakil rakyat yang boleh menyakitkan.

    Dia memberikan ingatan itu kerana ada ahli parlimen yang kerap mengganggu perjalanan sidang Dewan Rakyat. Ramli juga meminta ahli parlimen menunjukkan kematangan ketika berbahas.

    Sikap sama tak kira siapa

    Menjawab rasa tidak puas hati Takiyuddin, Ramli sebaliknya bertanya kepada ahli parlimen terbabit sama ada dia sedar atau tidak berlaku pertukaran tugas timblanan speaker.

    MENARIK:  PRK Mahkota: Teo rayu keluar mengundi

    Kata Ramli, apabila Kok mahu memulakan perbahasannya, ketika itu sidang dikendalikan seorang lagi timbalan speaker iaitu Alice Lau (PH-Lanang).

    "Yang behormat perasan tak saya naik (memulakan tugas) bila?

    "YB Lanang (Lau) yang mempengerusikan (mesyuarat). Apabila saya take over (mengambil alih) giliran saya, pada masa tu yang berhormat Seputeh (Kok) sedang berbahas.

    "Jadi, yang behormat (Takiyuddin) prejudis, bukan saya," kata Ramli.

    Ramli yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands kemudian meminta Abdul Hadi untuk memulakan perbahasan Belanjawan 2026.

    Memulakan ucapannya, ahli politik berusia 77 tahun itu kemudian berkata: "Saya tak ada buruk sangka kepada yang behormat (Ramli)."

    Abdul Hadi Awang

    Mengulas kenyataan Abdul Hadi, Ramli berkata, dia hanya menjalankan peraturan dewan tanpa mengira siapa yang berbahas, sama ada menteri atau bukan, malah presiden partinya sendiri, Ahmad Zahid Hamidi.

    "Yang berhormat Marang, apabila saya duduk atas, saya tak nampak biru, saya tak nampak hijau, saya tak nampak merah. Saya (hanya) nampak dewan berjalan sebaik mungkin.

    "Saya akan apply (laksanakan) undang-undang ini, saya tak kiralah menteri, ketua, presiden, saya akan laksana sebaik mungkin walaupun presiden (parti) saya sendiri," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah