32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRK Mahkota: Teo rayu keluar mengundi

    Shopee Sale

    PRK MAHKOTA | Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching merayu semua pengundi berdaftar Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota agar keluar menunaikan tanggungjawab pada 28 Sept ini.

    Teo yang juga Timbalan Menteri Komunikasi berkata ini kerana PRK itu walaupun dilihat lebih memihak kepada Barisan Nasional (BN) setakat ini, namun ia tidak boleh diambil ringan.

    "Saya tidak akan ambil mudah walaupun (calon) mantap jadi saya fikir ini suatu keputusan 50-50. Oleh sebab itu kita perlu minta semua khususnya pengundi luar balik dan buat pilihan yang bijak.

    "Bagi saya, perlu untuk mendapatkan sokongan semua lapisan masyarakat," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat media PRK itu di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Taman Ilham di Kluang hari ini.

    MENARIK:  Dr M sedih, marah atas pembunuhan Ismail Haniyeh

    Sehubungan itu, Teo berkata mereka akan terus menggiatkan usaha menyantuni pengundi bagi menjelaskan hala tuju kerajaan Persekutuan dan negeri yang banyak melaksanakan pelbagai program dan inisiatif untuk manfaat rakyat.

    PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan antara calon BN Syed Hussien Syed Abdullah dan Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.

    PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah