31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAS lahirkan ‘anak sulung’ untuk DUN Sabah

    Shopee Sale

    PAS malam ini mengumumkan kelahiran 'anak sulung' parti itu dalam Dewan Undangan Negeri Sabah apabila pesuruhjayanya, Aliakbar Gulasan, memenangi kerusi Karambunai.

    Aliakbar mengalahkan 10 calon lain termasuk penyandang - calon dari BN, Yakub Khan, dengan majoriti kurang daripada 400 undi.

    Ketua Penerangan PAS Ahmad Fahdli Shaari mengumumkan kemenangan Aliakbar itu melalui hantaran ringkas di media sosial lewat malam ini.

    "Alhamdulillah, PAS melahirkan ‘anak sulung’ di Sabah. Karambunai dimenangi dengan majoriti 371," tulisnya di Facebook.

    Karambunai menjadi kerusi pertama dimenangi PN setakat ini. Selain Aliakbar dan Yakub, kerusi DUN Karambunai itu turut cuba direbut calon parti lain termasuk Warisan.

    Untuk rekod Aliakbar sudah pernah menjadi Adun di Sabah, namun penyertaannya ke DUN itu atas kapasiti wakil rakyat lantikan.

    Dia yang juga bekas Pengerusi Lembaga Koko Malaysia menjadi Adun pada 8 Okt 2020.

    MENARIK:  Kastam Pahang patahkan cubaan seludup 6.7 tan karkas babi

    Dalam PRN ke-16 Sabah yang dilangsungkan pada 2020, Yakub memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti lebih tipis - 16 undi.

    Pencabar terdekat Yakub pada ketika itu ialah Ahmad Jais Otong dari Warisan.

    Kali ini Ahmad Jais turut bertanding sekali lagi.

    Berdasarkan data tidak rasmi, Aliakbar memperoleh 7,069 undi manakala Ahmad Jais 6,698 undi diikuti GRS (4,811 undi) dan BN (4,478 undi).

    Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, menyatakan keyakinanya yang Aliakbar mampu menjalankan tugasnya dengan baik selaku wakil rakyat.

    Katanya, kemenangan malam ini juga menjadi pemangkin buat PN untuk bangkit mencipta kemenangan akan datang di Sabah.

    "Dengan pengalamannya sebelum ini, kita yakin dia mampu menjalankan tugas dengan sebaik mungkin," katanya dalam satu video sidang media yang disiarkan di Facebooknya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah