34 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Parallel pathway: Utamakan keperluan rakyat, kata MMA pada UiTM

    Shopee Sale

    Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkata Universiti Teknologi Mara (UiTM) wajar membenarkan kemasukan pegawai perubatan bukan bumiputera yang ingin mendapakan latihan khusus bidang kardiotoraks, sama seperti mereka menerima pelajar antarabangsa sekarang.

    Presiden MMA Dr Azizan Abdul Aziz berkata UiTM perlu membuat keputusan tersebut demi kepentingan kesihatan penduduk negara ini dan menangani isu kekurangan pakar yang teruk.

    “Pakar bezah kardiotoraks adalah salah bidang pengkhususan yang paling diperlukan.

    “UiTM harus mempertimbangkan cadangan untuk membuka sementara program pascasiswazah pembezahan kardiotoraks kepada bukan bumiputera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Mengukuhkan gesaan tersebut, Azizan memetik laporan yang memetik kenyataan ahli Lembaga Program Parallel Pathway UiTM-IJN, Prof Dr Raja Amin Raja Mokhtar, sebagai berkata tiada pindaan undang-undang diperlukan untuk menerima pelajar bukan bumpiputera bagi tujuan tersebut.

    Pada 25 April lalu, portal berita kesihatan Codeblue melaporkan Raja Amin sebagai berkata UiTM bersetuju untuk membuka laluan kepada pelatih bukan bumiputera mendapatkan pendidikan lanjutan bidang kardiotoraks di situ.

    “Jika UiTM boleh membuka pintunya kepada pelajar antarabangsa, kita tidak nampak mengapa ia tidak boleh dibuka kepada semua rakyat Malaysia berdasarkan keperluan,” kata Azizan hari ini.

    Kenyataan Azizan itu dibuat sebagai respons kepada pandangan Naib Canselor UiTM Shahrin Sahib yang semalam mengesahkan komitmen institusi itu untuk mempertahankan Akta UiTM 1976 (Akta 173) dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang hanya membenarkan kemasukan pelajar bumiputera ke institusi berkenaan.

    MENARIK:  'Kalau kamu yakin boleh tegur Trump, jemputlah Netanyahu sekali'

    Bagaimanapun, Shahrin berkata UiTM akan menerima apa sahaja keputusan kerajaan yang mendapat restu Yang di-Pertuan Agong.

    Mengulas lanjut, Azizan berkata pada masa ini terdapat pesakit yang terpaksa menunggu antara enam bulan hingga setahun untuk menjalani pembezahan.

    Malah katanya ada antara mereka meninggal dunia ketika menunggu giliran rawatan masing-masing.

    “Setakat ini, kami tidak fikir kita akan dapat memenuhi sasaran memiliki 28,000 pakar perubatan menjelang 2030.

    “Kita memerlukan UiTM menyokong usaha melahirkan lebih ramai pakar bezah kardiotoraks dengan membukanya kepada semua rakyat Malaysia yang ingin mengkhusus dalam bidang berkenaan.

    "Penjagaan kesihatan tidak boleh dipolitikkan,” tegasnya.

    UiTM merupakan satu-satunya universiti yang menawarkan program parallel pathway dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) dalam bidang kardiotoraks.

    Ia melibatkan pembezahan dan penjagaan penyakit jantung dan paru-paru.

    UiTM juga merupakan universiti awam terbesar di negara ini.

    [Baca berita asal]


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah