31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Padu bukti kegagalan ‘raja formula’ Rafizi, kata Puad

    Shopee Sale

    Pemimpin Umno mengkritik kegagalan sistem Pangakalan Data Utama (Padu) yang disebabkan kelemahan dalam sistem kerja serta komunikasi.

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi, berkata, ia juga memberi gambaran kegagalan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

    "Rafizi dikaitkan dengan 'raja formula' gagal. Formula dia semua tidak menjadi. Padu itu Rafizi, Rafizi itu Padu. Padu dilihat gagal.

    "Itu sebab PMX minta Rafizi perjelas isu Padu kepada Kabinet. Kerajaan Sarawak secara terbuka negatif pada Padu. Ia ibarat telanjangkan diri kata seorang menteri Sarawak.

    "Padu gagal kerana sistem kerja gagal, komunikasi gagal dan imej Rafizi yang gagal. Apakah 'delivery system' kebajikan rakyat akan terencat dan tambah kucar kacir?" tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

    Terdahulu, Sarawak meminta beberapa perubahan dibuat berkait maklumat peribadi yang diminta dalam sistem Padu.

    Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pendaftaran Padu ibarat 'menelanjangkan diri'.

    Ini kerana katanya orang ramai perlu mendedahkan semua butiran peribadi, termasuk akaun bank, hartanah dan pelaburan.

    Menurut Abdul Karim, keraguan berhubung maklumat peribadi individu itu dibincangkan dalam mesyuarat kabinet negeri baru-baru ini.

    MENARIK:  Polis tumpaskan cubaan seludup 20 warga Myanmar

    Bagaimanapun, dia menegaskan pendirian itu tidak bermakna kerajaan Sarawak tidak menyokong inisiatif Kerajaan Persekutuan, sebaliknya hanya meminta penelitian semula.

    Bernama pula melaporkan Rafizi diminta memberi penjelasan kepada jemaah menteri berhubung isu pendaftaran Padu minggu depan.

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan ia susulan kebimbangan yang dibangkitkan oleh Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg.

    Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata Rafizi kini telah menerima "karma" yang dilakukannya sebelum ini dalam mengkritik kepimpinan bekas perdana menteri Najib Razak.

    "Dulu Rafizi suka menghasut, BN itu barang naik. Najib itu 1MDB, 1MDB itu Najib.

    “Sekarang hukum karma dipulangkan kepada dia," tulis Mohd Puad lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah