29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Padah acu pistol tiruan selepas kemalangan, dua ditahan

    Shopee Sale

    Dua lelaki masing-masing berusia 19 dan 27 tahun ditahan selepas dipercayai mengacukan pistol tiruan ke arah seorang lelaki susulan insiden kemalangan di Taman Desa, di Kuala Lumpur malam tadi.

    Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood berkata kejadian dilaporkan mangsa berusia 28 tahun itu pada 12.55 tengah malam.

    Mangsa memaklumkan kereta Honda City dipandunya dilanggar sebuah Toyota Yaris berwarna merah di bahagian cermin sisi kanan pada kira-kira 11 malam.

    MENARIK:  Usir, roboh Kg Sri Makmur ikut prosedur - Pejabat tanah Gombak

    “Pertengkaran antara kedua-dua pihak tercetus dan pemandu Toyota Yaris didakwa mengeluarkan sepucuk pistol berwarna hitam sebelum mengacukannya ke arah mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata hasil siasatan mendapati senjata berkenaan merupakan pistol tiruan yang dibeli melalui aplikasi TikTok dan dimiliki oleh salah seorang suspek.

    “Kedua-dua suspek direman empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah