28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ops Khas HRAA: Lebih 47,000 notis dikeluarkan JPJ

    Shopee Sale

    Sejumlah 47,003 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Ops Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2024 yang dilaksanakan selama empat hari bermula 10 Jun lepas.

    Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Muhammad Kifli Ma Hassan berkata daripada jumlah itu tiada Lesen Memandu Kompeten penyumbang tertinggi saman dikeluarkan iaitu sebanyak 12,188, diikuti Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh (9,711) dan kesalahan teknikal (8,109).

    Beliau berkata JPJ telah memeriksa sebanyak 209,037 pelbagai kenderaan dan daripada jumlah itu 24,537 kenderaan diambil tindakan dengan 47,003 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan kerana gagal mematuhi peraturan jalan raya.

    "Selain itu, kita turut mengesan dua pemandu bas berusia 61 dan 42 tahun terlibat dengan penggunaan bahan terlarang iaitu Methamphetamine dan ganja.

    “Kedua-dua pemandu bas terbabit dipercayai dalam perjalanan ke Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita selepas meninjau Ops Khas HRAA 2024 di Akademi JPJ Wilayah Timur, di Kota Bharu malam tadi.

    Muhammad Kifli berkata JPJ akan memanggil syarikat pengendali bas berkenaan dan laporan siasatan lengkap dikemukakan kepada pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat untuk tindakan di bawah Akta 715.

    MENARIK:  Mahkamah tolak permohonan peguam Tei untuk cabar notis SPRM

    "JPJ juga akan menggantung lesen pemandu berkenaan di bawah Seksyen 36 Akta 333 setelah pengesahan lanjutan diperoleh daripada Agensi Antidadah Kebangsaan.

    "Kita memandang serius dan tidak berkompromi dengan pihak syarikat, pemilik dan mana-mana pemandu yang masih tegar melanggar undang-undang dan peraturan ditetapkan," katanya.

    Ops Khas HRAA 2024 yang diadakan selama 18 hari bermula 10 hingga 30 Jun ini, bertujuan memastikan pengguna mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan agar selamat sampai ke destinasi dituju.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah