28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Operasi cari mangsa tanah jerlus difokus di lurang kelima

    Shopee Sale

    Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India disambung untuk hari keempat dengan meneruskan teknik bilasan (flushing) di lurang kelima.

    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, teknik itu sudah dilakukan secara berperingkat sejak petang semalam.

    “Bagaimanapun, setelah dua kali teknik flushing dilakukan, mangsa masih belum ditemukan dan pada sebelah malam (semalam) pihak Indah Water Konsertium memulakan flushing yang dilaksanakan di lurang kelima dan mengambil masa sehingga jam 2 pagi hari ini.

    “Pencarian oleh pasukan SAR akan disambung pada pagi ini,” katanya.

    Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati anak kepada wanita terbabit yang dikenali sebagai Surya, 26, dilihat berada di lokasi pencarian kira-kira pukul 9 pagi bagi mengikuti perkembangan operasi.

    Kebanyakan premis di sekitar kawasan terbabit masih lagi ditutup dengan hanya segelintir peniaga memulakan operasi setakat 9 pagi tadi.

    MENARIK:  SPRM tahan dua lagi individu terlibat rasuah projek lebuh raya di Lembah Klang

    Pengamal media turut berada di lokasi seawal 8 pagi bagi mengikuti perkembangan lanjut operasi.

    Dalam insiden pada pagi Jumaat lalu, Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter akibat tanah jerlus di tengah ibu kota.

    Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong, dilaporkan sedang berjalan di kawasan berkenaan untuk ke sebuah kuil berhampiran bagi bersarapan apabila kejadian itu berlaku.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah