24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    OIC kecam serangan Israel ke atas sekolah tempatkan penduduk Gaza

    Shopee Sale

    Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam sekeras-kerasnya jenayah berterusan yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel di Semenanjung Gaza, termasuk serangan terbaharu ke atas sebuah sekolah yang menjadi tempat perlindungan penduduk yang hilang tempat tinggal, yang mengorbankan tujuh rakyat Palestin dan mencederakan puluhan orang awam, dalam pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

    OIC mengulangi gesaannya kepada masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) supaya memikul tanggungjawab dengan menamatkan semua jenayah dan pelanggaran yang dilakukan oleh Israel, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

    MENARIK:  Warisan kecam rancangan sambut hari jadi Musa selama 3 bulan

    Ia turut menggesa supaya gencatan senjata menyeluruh dan berkekalan dilaksanakan, selain memastikan penyaluran bantuan kemanusiaan yang mencukupi dan tanpa halangan, serta menjamin pengunduran tentera Israel dari Semenanjung Gaza.

    OIC juga menekankan keperluan untuk mengaktifkan mekanisme keadilan jenayah antarabangsa bagi memburu dan mempertanggungjawabkan semua pegawai Israel yang terlibat dalam melakukan jenayah berat berkenaan, serta memastikan mereka tidak terlepas daripada hukuman.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah