27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nyaris dipanah petir, terpelanting, jatuh terduduk, kaki macam dicucuk jarum

    Shopee Sale

    Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila hampir dipanah petir ketika sedang menutup pintu kereta di rumah ibu mentuanya di Kampung Batang Melaka, di Jasin semalam. 

    Mangsa Muhammad Hafizuddin Mihat, 34, berkata dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, dia sedang berdiri memegang payung sebelum petir secara tiba-tiba menyambar sebatang pokok durian berhampiran.

    "Kejadian itu menyebabkan saya terpelanting dan jatuh terduduk. Saya kebingungan seketika melihat rupa pokok durian yang dipanah petir sebelum berlari ke arah beranda rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di Jasin hari ini. 

    Muhammad Hafizuddin berkata selepas itu dia terus rebah manakala kakinya seolah dicucuk jarum halus sebelum dikejarkan ke Hospital Jasin dengan ambulans.

    MENARIK:  Video disunting: Pemimpin NGO lapor polis

    "Pemeriksaan doktor memaklumkan saya tidak mengalami kecederaan serius kecuali kedua-dua ibu jari kaki terasa seperti terkena renjatan," kata bapa kepada empat orang anak itu yang masih dirawat di hospital berkenaan.

    Muhammad Hafizuddin berkata dia sangat bersyukur kerana Allah memberi peluang kedua kepadanya untuk bersama keluarga setelah merasakan sangat dekat dengan kematian akibat insiden berkenaan.

    Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah