24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Neuralink rancang implan pertama cip otak pada manusia – Musk

    Shopee Sale

    Usahawan bilionair Amerika Syarikat, Elon Musk mengumumkan bahawa syarikat neuroteknologi miliknya, Neuralink, merancang untuk melakukan implan pertama cip otak Blindsight pada manusia bagi membantu individu yang mengalami masalah penglihatan menjelang akhir 2025, lapor Sputnik/RIA Novosti.

    “Kami berharap dapat melakukan implan pertama pada manusia yang mengalami buta sepenuhnya untuk membolehkan mereka melihat, selewat-lewatnya hujung tahun ini,” kata Musk dalam satu acara di Wisconsin pada Ahad malam.

    MENARIK:  Hassan cabar PN - Jika Anwar tak layak jadi PM, kemuka usul tak percaya

    Menurutnya, kualiti penglihatan yang diperoleh pada peringkat awal mungkin rendah, tetapi akhirnya implan itu dijangka membolehkan seseorang melihat dengan keupayaan luar biasa.

    Pada Januari 2024, Musk mengumumkan bahawa Neuralink berjaya melakukan implan perananti otak buat kali pertama dalam tubuh manusia.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah