30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Namewee dibebaskan daripada pertuduhan ambil dadah

    Shopee Sale

    Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan penyanyi rap Wee Meng Chee, atau lebih dikenali sebagai Namewee, daripada pertuduhan memberikan dadah ke dalam badannya.

    Majistret S Arunjothy membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Amritpreet Kaur Randhawa memaklumkan bahawa keputusan patologi adalah negatif dan pihaknya menarik balik pertuduhan tersebut.

    Arunjothy turut memerintahkan agar wang jaminan sebanyak RM2,000 dikembalikan kepada Namewee.

    Terdahulu, peguam Joshua Tay berkata memandangkan laporan patologi adalah negatif, anak guamnya wajar dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan.

    Namewee didakwa melakukan perbuatan itu di tandas Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 7.15 malam 22 Okt lepas mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara dua tahun serta pengawasan selama dua tahun dan tidak lebih tiga tahun.

    MENARIK:  Mesej Ronaldo cetus spekulasi masa depan bersama Al Nassr

    Bagaimanapun, beliau masih berdepan pertuduhan memiliki dadah disyaki jenis ekstasi seberat 5.12 gram di sebuah bilik hotel di Jalan Conlay di Kuala Lumpur pada 4.30 petang 22 Okt lepas mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

    Jika sabit kesalahan, Namewee berdepan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun serta tidak kurang tiga sebatan dan maksimum sembilan sebatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah