29 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penghijrahan besar-besaran dari Gaza, penduduk larikan diri dari serangan Israel

    Shopee Sale

    Pekan Beit Hanoun, utara Semenanjung Gaza, menyaksikan penghijrahan besar-besaran penduduk ke arah bandar Jabalia pada pagi Selasa, mencari tempat selamat, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

    Ia susulan penyambungan semula serangan pasukan tentera pendudukan Israel ke atas Semenanjung Gaza.

    Perpindahan itu berlaku di tengah-tengah kebimbangan peningkatan pengeboman, kemusnahan, dan pembunuhan, terutamanya selepas pasukan pendudukan Israel mengarahkan penduduk untuk mengosongkan Beit Hanoun di utara, serta Khirbet Khuza'a, Abasan al-Kabira, dan al-Jadidah di selatan, ke kawasan barat Bandar Gaza dan kawasan Mawasi Khan Yunis.

    Pasukan pendudukan Israel meneruskan serangan mereka terhadap Semenanjung Gaza pada waktu subuh selepas berehat lebih dua bulan, melancarkan beberapa siri serangan udara intensif dan menembak peluru berpandu ke beberapa kawasan di Semenanjung Gaza.

    MENARIK:  Pemuda Umno batal himpunan isu bendera

    Sumber perubatan mengumumkan bahawa jumlah kematian akibat pengeboman tentera pendudukan Israel di pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 326, manakala 660 yang lain cedera, dengan beberapa mangsa masih terperanangkap di bawah runtuhan.

    Sejak 7 Okt 2023, tentera pendudukan Israel telah melancarkan serangan terhadap Semenanjung Gaza, mengakibatkan pembunuhan lebih 48,572 orang, yang majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita, dan kecederaan 112,032 yang lain, manakala sejumlah mangsa masih terperanangkap di bawah runtuhan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah