28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mufti Perlis anggap PM ambil risiko besar dalam isu Palestin

    Shopee Sale

    Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengambil risiko besar untuk dirinya dalam memperjuangkan isu Palestin.

    Membuat tanggapan begitu secara langsung ketika menyertai majlis Anwar, Mohd Asri berkata, perdana menteri juga mengambil risiko besar dari sudut politiknya demi negara yang sedang diserang rejim Zionis itu.

    “Jika ia satu lakonan politik, pasti ia bukan lagi sesuatu membawa laba yang banyak.

    "Saya percaya, daripada kenyataan-kenyataan yang sangat tegas dan jelas itu, ia datang daripada diri beliau. Allah lebih mengetahui segalanya,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

    Mohd Asri berkata demikian sebagai mengulas ucapan Anwar dalam program Muktamar Masjid Semalaysia untuk al-Aqsa dan Palestin yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, hari ini.

    Perdana menteri dalam ucapannya antara lain menegaskan jemaah menteri sebulat suara menghentikan segala bentuk perdagangan langsung dengan Israel.

    MENARIK:  MP Kota Belud gesa SPRM bersuara isu skandal rasuah terbaru Sabah

    Selain itu menurutnya, Malaysia juga akan membuat pertimbangan tambahan untuk menghulurkan bantuan bagi rakyat Palestin cedera sekiranya ada keperluan.

    Minggu lepas Malaysia membawa 41 pesakit dan 81 waris terdiri daripada rakyat Palestin ke negara ini untuk diberikan rawatan susulan kecederaan dialami mereka.

    Mohd Asri berkata, pendapatnya itu adalah andaian sebagai seorang yang tidak terlibat dengan sebarang parti politik.

    “Pemimpin-pemimpin gerakan Islam yang tidak memegang tampok kuasa sahaja yang biasanya bercakap demikian,” katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah