30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    M’sia, Filipina sepakat isu salur bantuan kemanusiaan ke Myanmar

    Shopee Sale

    Malaysia dan Filipina senada bahawa sebarang bentuk bantuan kemanusiaan kepada Myanmar perlu disalurkan tanpa sebarang diskriminasi atau sekatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Beliau berkata perkara itu disepakati dalam perbualan telefon bersama Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos Jr, semalam.

    Anwar berkata dalam perbualan bersama pemimpin yang juga dikenali sebagai Bongbong Marcos itu, beliau turut maklumkan hasrat dan gesaan Malaysia supaya gencatan senjata di Myanmar dilanjutkan, bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat terus disalurkan kepada penduduk terjejas.

    “Petang tadi saya telah membuat panggilan telefon kepada sahabat baik saya (Marcos) bagi berkongsi beberapa perkara dan perkembangan terkait ASEAN dan isu-isu global,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook, semalam.

    MENARIK:  Pelan anti rasuah Mindef dirombak tahun ini

    Berkenaan soal tarif, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau memaklumkan bahawa Malaysia boleh memanfaatkan kedudukannya selaku Pengerusi ASEAN, untuk menunjukkan kepentingannya kepada Amerika Syarikat (AS) dalam rundingan tarif global.

    “Keputusan AS menangguhkan pelaksanaan tarif selama 90 hari ketika ini, memberi kelegaan bagi membolehkan perbincangan lanjut mengenai perkara berkaitan memandangkan kekuatan Malaysia (dalam beberapa jenis produk),” kata beliau.

    Perdana Menteri berkata sebelum mengakhiri penggilan, beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Marcos dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Filipina pada 12 Mei ini, selain menzahirkan harapan untuk bertemu pemimpin itu pada Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur nanti.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah