Pelakon, Syamsul Yusof menyifatkan pengarah dan penerbit tersohor, Aziz M. Osman sebagai seorang legenda yang tidak akan pernah pudar dalam industri perfileman negara.
Artikel Berkaitan: ‘Zaman Saya Dah Berlalu, Saya Bangga Dengan XX-Ray & Puteri Impian’ – Aziz M Osman Puji Pembikin Filem Masa Kini
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof Pegang Dua Peranan Dalam Filem Khawarij, Netizen Puji Kredibiliti – ‘Sendiri Berlakon Sendiri Cut, Power’
Legenda

Menerusi perkongsian di Instagram, Syamsul menzahirkan rasa syukur terhadap Aziz atas segala inspirasi dan ilmu yang telah dicurahkan sepanjang penglibatannya dalam dunia seni.
Sentiasa merupakan seorang legenda di mata saya.
Terima kasih abang (nama panggilan Aziz M Osman) atas segala inspirasi dan semua filem-filem hebat yang tidak dapat dilupakan.
Saya belajar banyak perkara daripada awak.
Syamsul memberi penghormatan itu selepas Aziz secara terbuka mengakui bahawa zaman kegemilangannya dalam industri perfileman sudah berlalu.
Aziz yang terkenal dengan karya-karya ikonik seperti XX-Ray sebelum ini menyatakan bahawa dia akur dengan perubahan cita rasa penonton masa kini yang semakin berkembang mengikut peredaran zaman.
Sumber: Instagram
The post Syamsul Yusof Sanjung Aziz M. Osman, Sifatkan Sebagai Legenda – ‘Terima Kasih Atas Inspirasi & Karya-Karya Hebat’ first appeared on OHBULAN!.





