29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis sahkan ancaman bom palsu di sebuah bangunan di ibu negara

    Shopee Sale

    Polis mengesahkan terdapat ancaman bom palsu diterima di sebuah bangunan terkemuka di ibu negara malam tadi.

    Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Hoo Chang Hook berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 9.09 malam daripada seorang pengawal keselamatan bangunan berkenaan.

    "Pengawal keselamatan tersebut memaklumkan dia telah menerima e-mel yang dihantar ke pusat khidmat pelanggan mengatakan terdapat individu meletakkan bom di tingkat 23 menara utara bangunan itu," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur malam tadi.

    MENARIK:  Barisan DAP kekal walau rombakan kabinet pada Disember, kata Loke

    Hoo berkata Unit Pemusnah Bom, Unit Anjing Pengesan dan Unit Forensik kemudian dikerahkan ke lokasi untuk melakukan pencarian dan mendapati ia ancaman palsu.

    "Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 507 Kanun Keseksaan," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah