29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kad Undangan Pernikahan Tular, Arif Aiman Bakal Tamatkan Zaman Bujang Esok

    Shopee Sale

    Pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman bakal menamatkan zaman bujang apabila dikhabarkan akan mendirikan rumah tangga pada Isnin.

    Artikel Berkaitan: Arif Aiman Syukur Tersenarai Antara Tiga Calon Anugerah Pemain Terbaik AFC, Rakyat Malaysia Anggap Sudah ‘Menang’ Di Hati

    Tamatkan zaman bujang

    Bintang sensasi JDT itu akan bernikah dengan wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Nurul Aliah Natasha.

    Perkhabaran gembira tersebut mula menjadi perhatian ramai selepas sekeping kad undangan perkahwinan yang memaparkan nama Arif dan Aliah tular di media sosial.

    Majlis akad nikah pasangan berkenaan dijangka berlangsung di sebuah lokasi di Johor Bahru dan akan turut diserikan dengan berangkatan tiba Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota Ismail.

    MENARIK:  Firdaus Wong Sentap Dengar Kisah Individu Peluk Islam – ‘Kemalangan Dua Kali, Penumpang Belakang Ma*i Tapi Saya Hanya Jari Luka’

    Dalam pada itu, di komen rata-rata warganet menzahirkan ucapan tahniah selain mendoakan agar segala urusan pasangan itu dipermudahkan serta majlis berlangsung dengan lancar.

    Terdahulu, Arif dinobatkan sebagai Man of the Match dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2025/2026 yang menyaksikan JDT menentang Kuching City FC pada Sabtu.

    Dalam aksi tersebut, JDT berjaya menjulang trofi Piala Malaysia selepas menewaskan Kuching City dengan keputusan 2-0.

    Sumber: Metro

    The post Kad Undangan Pernikahan Tular, Arif Aiman Bakal Tamatkan Zaman Bujang Esok first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah