31 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MP PAS ingatkan DAP usah semai politik toksik, paranoid

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman membidas Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng susulan dakwaan bahawa PAS menyemai benih kebencian.

    "Jangan mudah menuduh PAS menyemai benih kebencian, apatah lagi menuding jari kepada Presiden PAS (Abdul Hadi Awang).

    "Kami pun boleh berkata, apa yang dituai DAP hari ini, adalah benih yang disemai oleh Tan Sri Lim Kit Siang dan mendiang Karpal Singh sebelum ini.

    "Sejarah menjadi saksi. DAP cerminlah diri sendiri," katanya dalam satu hantaran tanpa menghuraikan lebih lanjut.

    Semalam Lim dilapor berkata pemimpin PAS terus memainkan perananan penting dalam menyemai kebencian terhadap DAP sehingga mengakibatkan minda mudah dipengaruhi pemikiran radikal.

    Dia juga memetik ucapan Abdul Hadi pada kempen pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu baru-baru ini, apabila menuduh DAP berkomplot untuk menghapuskan kuasa politik Melayu.

    Kenyataan Lim itu hadir selepas ahli parlimen DAP, Teresa Kok menerima ancaman peluru hidup dan nota berbaur perkauman yang diletak dalam peti surat rumahnya.

    Kok, yang juga naib pengerusi DAP, dilapor berkata dia percaya "peluru" yang diterimanya ada kaitan dengan tuduhan palsu daripada seorang pemimpin PAS yang menuduhnya sebagai anti-Islam.

    MENARIK:  MP KL kemuka RUU persendirian pinda Akta Ibu Kota Persekutuan

    ‘PAS guna pendekatan mendidik’

    Sebaliknya Syahir yang juga setiausaha politik kepada Abdul Hadi berkata PAS tidak pernah menyokong sebarang aktviti keganasan.

    "PAS tidak pernah merestui, apatah lagi mempengaruhi, tindakan pelampau dan pengganas. Melakukannya, jauh sekali.

    "Pendekatan PAS adalah "mendidik, mengajak, dan memberikan peringatan", segalanya mengikut lunas undang-undang dan proses demokrasi," ujarnya.

    Syahir berkata dalam kes membabitkan Teresa, pastinya PDRM lebih cekap untuk merungkai sebarang motif.

    "Selagi belum ada bukti, janganlah mendahului siasatan pihak PDRM. Hentikanlah segala bentuk provokasi dan spekulasi.

    "Kepada YB Lip Lim Eng, saya tinggalkan satu pesanan, "you reap what you sow". Janganlah disemai politik paranoid, politik toksik, politik parasit; di tanah yang sedang menghijau ini," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah