31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mohd Na’im: Jawi masih siasat ‘kelab songsang’

    Shopee Sale

    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) masih menjalankan siasatan terhadap lebih 100 warga tempatan yang ditahan dalam serbuan OPS Songsang di sebuah kelab kesihatan di ibu negara, Jumaat lepas.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata siasatan dibuat mengikut peruntukan Seksyen 25 dan Seksyen 47 Akta Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997.

    “Seksyen 25 berkaitan dengan kesalahan liwat dan Seksyen 47 ialah percubaan melakukan kesalahan itu.

    "Jadi daripada pihak Jawi, siasatan masih berjalan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Pengelola Jemaah Haji (PJH) Musim Haji 1447H/ 2026M di Sepang hari ini.

    Mohd Na’im berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jawi akan memperhebat tindakan dakwah serta memberi penjelasan tentang perbuatan songsang yang jelas bertentangan dengan ajaran agama dan nilai Madani.

    MENARIK:  Siasatan kes Faisal Halim diambil alih Bukit Aman

    “Perbuatan ini memang tidak boleh diterima undang-undang apa lagi dari sudut agama,” katanya.

    Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata sebanyak 171 warga tempatan yang ditahan dalam serbuan di pusat kesihatan di kawasan Chow Kit dibebaskan selepas mahkamah menolak permohonan reman terhadap mereka.

    Fadil berkata tanpa pengakuan mangsa, siasatan di bawah Seksyen 377 (persetubuhan luar tabii) dan Seksyen 372 (eksploitasi pelacuran) Kanun Keseksaan tidak dapat diteruskan.

    Jumaat lepas, sebanyak 17 penjawat awam antara 208 individu ditahan dalam serbuan itu yang turut melibatkan rampasan kondom dan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk tujuan tidak bermoral.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah