31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MOF akui Jualan Rahmah, Sara jejas peniaga runcit

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Kementerian Kewangan (MOF) mengakui pelaksanaan Jualan Rahmah serta bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) menjejaskan perniagaan runcit di negara ini.

    Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, berkata MOF menerima banyak aduan mengenai perkara itu daripada peniaga runcit yang terjejas akibat pelaksanaan program kerajaan.

    "Betul ini adalah sesuatu situasi yang kita hadapai sekarang. Kita juga terima banyak aduan (daripada) pekedai yang perniagaan mereka banyak terjejas kerana ada Jualan Rahmah.

    "Tetapi, bagi kita memang rancang apabila sesiapa pun (peruncit) boleh memohon untuk mengambil bahagian (dalam Jualan Rahmah),” katanya.

    Tambah Lim, dia menyeru agar semua ahli parlimen menggalakkan peruncit di kawasan masing-masing untuk mengemukakan permohonan bagi menyertai program Jualan Rahmah.

    MENARIK:  Kempen ladang babi PN gagal sekat Madani, PSM ganda undi

    "Atau jika ada terlalu hampir (Jualan Rahmah dengan peruncit), kita tak akan lakukan (jualan) dekat dengan peniaga terbabit," katanya ketika sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

    Lim (PH-Tanjong) berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan dikemukakan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai).

    Suhaizan membangkitkan rungutan peniaga runcit yang mengeluh apabila pendapatan mereka terjejas disebabkan program-program jualan harga rendah yang diperkenalkan seperti Jualan Rahmah, Sara serta Jualan Kasih di Johor.

    Dia bagaimanapun mengakui program seumpama itu memberi manfaat kepada rakyat.

    Mengulas lanjut, Lim berkata, program tersebut diperkenalkan kerajaan untuk membantu golongan miskin tegar selain membantu rakyat menghadapi kenaikan kos sara hidup.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah