29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    RCI Tabung Haji: SPRM rakam percakapan bekas CFO lebih 6 jam

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merakam percakapan bekas ketua pegawai kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun selama lebih enam jam bagi membantu siasatan berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji.

    Rakaman percakapan itu berlangsung di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bermula 10.30 pagi dan selesai kira-kira 5 petang.

    Sumber SPRM memaklumkan hanya bekas CFO yang hadir, manakala bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) tidak hadir atas faktor kesihatan.

    Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman dalam kenyataan berkata hari ini merupakan hari kedua rakaman percakapan bekas pegawai kanan berkenaan selepas beliau dibebaskan semalam.

    MENARIK:  Saya maki  ‘kaki troll’, bukan masyarakat India - M Mythreyar 

    "Rakaman percakapan individu ini diteruskan bagi melengkapkan siasatan yang sedang dijalankan berhubung hasil penemuan dalam Laporan RCI Tabung Haji dan selesai kira-kira 5 petang," katanya.

    Beliau berkata rakaman percakapan akan bersambung esok pada 10 pagi.

    Semalam, SPRM menahan masing-masing bekas CEO dan CFO syarikat milik badan berkanun berhubung kes sama.

    Dua individu masing-masing berusia 68 dan 60 tahun ditahan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam proses pembelian saham dua syarikat perladangan bernilai RM370 juta.

    Kedua-dua individu berkenaan ditahan ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM pada 6.30 petang semalam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah