25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MMA: Labur dalam sistem digital untuk tangani kekurangan petugas kesihatan

    Shopee Sale

    Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan mendigitalkan sistem pengiraan tenaga kerja bagi menangani kekurangan tenaga kerja dalam sektor kesihatan.

    Dalam satu kenyataan, Presiden MMA, Dr Azizan Abdul Aziz, menegaskan bahawa sistem pendigitalan akan meningkatkan ketelusan dan menguruskan agihan petugas kesihatan dengan lebih baik.

    “Kemas kini segera mengenai sebarang perubahan dalam komposisi petugas kesihatan perlu dipastikan untuk peranancangan sumber manusia yang efisien. Untuk tujuan ini, MMA menggalakkan kemas kini masa nyata melalui pendigitalan,” katanya.

    Azizan memberi amaran bahawa tanpa kemas kini data yang kerap mengenai jumlah pesakit dan komposisi tenaga kerja, tahap sebenar kekurangan dan keperluan khusus setiap fasiliti akan kekal tidak diketahui.

    Dia menyentuh laporan terkini daripada Codeblue mengenai krisis kekurangan kakitangan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh, Pahang, di mana pemindahan doktor pelatih ke hospital lain boleh memberi kesan buruk kepada keselamatan pesakit.

    Menyatakan kebimbangan mengenai keadaan di Temerloh dan hospital-hospital di sebelah utara tanah air, Dr Azizan berkata terdapat keperluan untuk sistem yang diselaraskan di mana semua pihak memainkan perananan mereka.

    “Kita tidak boleh terus-menerus memindahkan sejumlah besar pekerja kesihatan dari semasa ke semasa sebagai langkah sementara. Isu-isu ini sedang menjejaskan penjagaan pesakit,” tambahnya.

    MENARIK:  Kuil di Dengkil dakwa sedia pindah sejak 29 tahun lalu tapi terperangkap birokrasi

    Bagi menangani kekurangan tersebut, dia menekankan pentingnya Ketua Jabatan (HOD) segera memberitahu Pengarah Hospital mengenai sebarang perubahan kakitangan dan mengemukakan permintaan yang disokong data untuk tambahan tenaga kerja.

    Ini bagi membolehkan Pengarah Hospital memanjangkan permintaan ini kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKNS) dan bahagian sumber manusia Kementerian Kesihatan (MOH).

    “MMA telah dimaklumkan bahawa ramai HOD tidak mengemas kini jabatan yang berkaitan, apatah lagi mengemukakan permintaan untuk tenaga kerja walaupun menghadapi kekurangan.

    “Kerajaan perlu melabur dalam sistem digital untuk mempermudah proses - di mana kemas kini boleh dilakukan dalam masa nyata supaya semua jabatan, termasuk Menteri Kesihatan, akan sentiasa menerima maklumat terkini mengenai pengagihan sumber manusia.

    “Penting untuk diingat bahawa setiap jabatan dalam sistem kesihatan kita mempunyai keperluan pengiraan khusus untuk berfungsi dengan optimum,” tambahnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah